Andai itu takdirnya
Andai itu takdirnya aku redha…….jika hari ini, semalam dan yang berlalu mendatangkan kegembiraan pasti ia menjadi kenangan terindah yg tidak dapat dilupakan moga ia tidak berakhir di sini, moga ia menjadi memori hingga roh terpisah dari jasadnya. Andai suatu hari ia bertukar menjadi kesedihan aku tetap redha andai itu suratan dan kehendakNYA, tetapi ak tetap berduka cita andai itu tetap terjadi, sebagai hamba yang tiada upaya menentukan sesuatu ak tetap berdoa ia tidak berlaku. Andai kau tahu sebagai mana aku menyayangi dirimu adakah perhubungan ini akan dihargai walaupun aku menyedari suatu hari kita akan membawa haluan sendiri mencari erti kehidupan yang penuh onak dan duri. Andai diberi pilihan aku tidak akan merelakan perpisahan terjadi tetapi sudah takdirnya setiap yang bermula akan menemui penamatnya. Memori bersama akan tetap tersemat di hati ini andai perpisahan menunjukkan diri. Budi yang kau tabur ibarat hujan yang jatuh di bumi akan tetap dikenang dan di hargai andai kau tiada pada masa itu apakah akan terjadi pada diriku??aku tidak akan melupakan saat itu ya TUHAN adakah itu suratanmu. Andai suatu hari kau datang padaku menuntut apa yang telah kau berikan aku akan tunaikan kerana kau perlu tahu apa yang telah kau berikan padaku saat itu tidak setimpal dengan apa yang kau fikirkan. Pertolongan itu amat bermakna bagiku. Andai kau tidak menolongku saat itu kau tidak akan percaya akibat yang akan terjadi pada diriku. Andai kau membenciku suatu hari aku tidak akan menyalahkanmu tetapi aku hendak kau tahu aku akan amat terasa dengan keadaan itu. Kau terima kasih atas segalanya kau hadir saat ak memerlukan sokonggan dan harapan……..memang itu takdirya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ko ni nape??
ReplyDeleteade pape btaw laa..
jgn buang tebiat kt dlm blog keyh..
lempeng kang!
:P